Jom berkhatan/sunat DI SINI!

5/5
"Terima kasih sangat-sangat kerana menjadikan pengalaman bersunat anak saya di sini suatu pengalaman yang indah. Rekaan dalaman klinik yang seperti rumah membuatkan anak menjadi selesa untuk datang ke klinik. Doktor dan staf-staf yang peramah sangat membantu menghilangkan ketakutan anak. Prosedur berjalan lancar tanpa apa-apa masalah. 15minit sahaja dah siap. Anak saya beritahu waktu pemberian bius sahaja sakit sedikit. Sepanjang prosedur, anak boleh main Roblox lagi di handphone! Syabas!"
Abdul Razak
Bapa kepada Iman Hayqal
5/5
"Doktor! Anak saya sudah berlari dan melompat pada hari ke-2 selepas prosedur. Takpe ke doktor? Macam tak ada sakit langsung."
Ibu kepada adik Hakeem
Berkhatan

Berkhatan/sunat atau circumcision

Berkhatan, bersunat atau circumcision ialah prosedur di mana lebihan kulit yang menutupi kepala zakar dibuang atau dipotong

Menurut mazhab Syafie, hukum berkhatan bagi lelaki adalah wajib. Ini berdasarkan hadis sahih: Dari Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku”. (Al-Bukhari)

Kebaikan berkhatan

Kebaikan bersunat

Teknik-teknik berkhatan

Terdapat pelbagai teknik dalam berkhatan, bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, keadaan zakar yang abnormal seperti phimosis dan sebagainya. Doktor akan memeriksa dan berbincang mengenai teknik yang sesuai

smart klamp

Menggunakan alat yang akan mengapit kulup dan dibiarkan beberapa hari sehingga kulup tersebut mati dan tertanggal. Kadar komplikasi lebih tinggi.

Menggunakan elemen panas iaitu cautery atau diathermy untuk memastikan pendarahan minimum. Jahitan luka menggunakan benang yang akan terurai dalam masa 5-10 hari.

Stapler circumcision

Menggunakan alat berupa stapler untuk memotong lebihan kulit dan menghentikan pendarahan. Teknik baru dan kurang mendapat populariti disebabkan kos yang tinggi dan masa yang lama untuk staple tertanggal sendiri.

Soalan-soalan Lazim

Berkhatan boleh dilakukan sejak bayi lagi dan tiada had umur bagi orang dewasa.

Semua orang boleh melakukan proses berkhatan atau circumcision. Namun, ada sesetengah kondisi yang mana mereka perlu melakukan proses berkhatan di hospital dan bukannya di klinik. Antaranya adalah seperti undecended testis, hypospadias, epispadias dan chordae.

Tempoh masa untuk berkhatan bergantung kepada teknik yang digunakan, dari 5 minit sehingga sekitar 20 minit. Teknik stapler biasanya memakan masa paling cepat.

Tempoh masa untuk sembuh juga bergantung kepada teknik yang digunakan. Luka jahitan biasanya akan sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari. Jahitan akan tertanggal sendiri dalam masa 10 hari. Kebiasaannya, selepas 5 hari anak-anak sudah boleh pergi ke sekolah seperti biasa.

  • Luka boleh dicuci dengan menggunakan air normal saline atau air yang dicampur dengan sabun antiseptic bagi mengelakkan jangkitan kuman. Dinasihatkan supaya luka dicuci sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.
  • Elakkan menggunakan kapas (cotton) untuk mencuci luka kerana serat-serat kapas boleh tertanggal dan melekat pada luka. Sebaiknya gunakan gauze dari klinik atau farmasi.
  • Pastikan luka dilap dengan kering selepas dicuci bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman atau luka menjadi bengkak.