"Alhamdulillah, selepas rawatan sakit lutut, dengan izin Allah, banyak perubahan yang saya alami. Solat pun dah boleh buat dengan sempurna!"
Pakcik Ramli
Pesakit lutut hampir 10 tahun
"Sudah ambil banyak supplement, cuba banyak rawatan tapi masih lagi sakit bahagian lutut. Kawan recommend try di Primer Cherang Clinic. Alhamdulillah, selepas 2 kali sesi rawatan dah hilang banyak dah sakit lutut. Dah boleh berjalan pergi umrah."
Puan Nora
Hampir putus asa mencari rawatan

Simptom awal sakit lutut

Kebanyakan pesakit lutut sudah mempunyai simptom-simptom awal beberapa tahun sebelum lutut betul-betul sakit dan mengganggu aktiviti harian. Mari kenali simptom awal supaya anda boleh dapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Punca Sakit Lutut

  • Kecederaan Otot atau tendon – biasanya berlaku ketika aktiviti sukan atau pun terseliuh.
  • Kecederaan ligamen – ligamen ialah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang yang lain. Kecederaan boleh berlaku jika terdapat pergerakan yang melampau atau daya yang kuat kepada sendi terutamanya kepada atlet ataupun ketika kemalangan.
  • Arthritis – radang di dalam sendi tersebut, sama ada disebabkan penyakit gout, penuaan(osteoarthritis) atau autoimmune.
  • Osteoarthritis – masalah sendi disebabkan penggunaan berlebihan. Biasanya berlaku disebabkan faktor usia atau sejarah kecederaan pada sendi pada masa lampau.
  • Gouty arthritis – pembentukan kristal urik asid di dalam sendi pesakit Gout menyebabkan sendi membengkak dan sakit yang kuat.
  • Rheumatoid Arthritis – masalah autoimmune yang menyebabkan sendi bengkak dan herot.

Pemeriksaan Lutut

Langkah pertama pemeriksaan lutut ialah sesi konsultasi dan pemeriksaan fizikal oleh doktor. Doktor akan bertanya sejarah sakit lutut dan beberapa soalan spesifik untuk menentukan punca masalah. Dari pemeriksaan fizikal pula, doktor boleh menentukan sama ada masalah berpunca dari otot, tendon, ligamen atau sendi itu sendiri

Ujian X-ray lutut juga dilakukan bagi menyokong diagnosis. Retakan pada tulang atau hakisan rawan pada tulang boleh dikesan melalui ujian x-ray

Pemeriksaan menggunakan ultrasound juga boleh dilakukan. Ultrasound boleh melihat kecederaan pada otot dan tendon. Jika berlaku air berlebihan di dalam sendi (knee effusion) atau bursitis, ultrasound boleh digunakan dalam proses diagnosis dan rawatan seterusnya.

Rawatan Sakit Lutut

Rawatan sakit lutut akan disyorkan oleh doktor bergantung kepada punca masalah. Setiap punca masalah sakit lutut mempunyai rawatan yang berbeza-beza. Antara rawatan-rawatan yang boleh diberikan ialah:

  • Fisioterapi – Fisioterapi sangat penting dalam rawatan sakit lutut, bagi memastikan otot sentiasa diregangkan dan sendi tidak menjadi kaku atau stiff. 
  • Supplement – membantu menjana tulang rawan dan cartilage di dalam sendi.
  • Ubat tahan sakit – ubat tahan sakit boleh membantu untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan mengurangkan sakit dan bengkak. Namun, penggunaan untuk tempoh masa panjang perlu dipertimbangkan dengan kesan sampingan sesetengah ubat.
  • Injection lutut – suntikan pada bahagian lutut boleh dibahagikan kepada steroid, viscosupplement atau lain-lain. Doktor akan berbincang dan mengesyorkan rawatan yang paling sesuai.
  • Knee aspiration – atau dalam bahasa yang mudah difahami pembuangan air bisa di dalam sendi lutut atau sekitar kawasan lutut
  • Pembedahan lutut – hanya akan disyorkan jika cara-cara lain untuk mengurangkan sakit lutut sudah tidak berkesan lagi. Ini kerana, pembedahan lutut melibatkan risiko dan kos yang tinggi.

Penemuan Terbaru Rawatan Lutut!

Salah satu teknologi terbaru untuk rawatan sakit lutut, sakit belakang, atau mana-mana sendi ialah penggunaan laser untuk menghentikan isyarat sakit oleh saraf. Rawatan ini boleh mengurangkan kadar kesakitan sehingga 80% dan menjadi salah satu alternatif untuk mereka yang memerlukan pembedahan. Kebaikan rawatan laser ini ialah:

  • Cepat – berbanding dengan pembedahan lutut yang mengambil masa dalam 1-2 jam, rawatan laser hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
  • Selamat – rawatan boleh dilakukan dengan ubat pelali dan tidak memerlukan bius penuh seperti dalam pembedahan
  • Tempoh recovery yang singkat – memandangkan tiada potongan pada kulit seperti pembedahan lutut, tempoh masa untuk pulih hanya 1 hingga 2 hari sahaja
  • Tidak perlu tinggal di hospital – pesakit boleh pulang semula pada hari yang sama dan tidak perlu bermalam di hospital